Berita KBS

 Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang I, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang I, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026

10 Julai 2025, Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang I, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.

MPBN merupakan platform intektual penting untuk menghubungkan pemimpin pertubuhan belia peringkat negeri dan kebangsaan dengan wakil-wakil kementerian serta agensi-agensi persekutuan.

MPBN merupakan sesi libat urus dan persidangan yang menghubungkan pemimpin pertubuhan belia negeri dan kebangsaan dengan wakil-wakil kementerian dan agensi persekutuan.

Sebanyak tiga (3) usul dibahaskan oleh perwakilan melibatkan pembangunan belia Malaysia.

Selain itu, pelantikan Ahli Lantikan Menteri (ALM) bagi MPBN Penggal ke-35 kali ini telah dilaksanakan melalui pendekatan baharu yang lebih inklusif iaitu membuka permohonan pemilihan ALM kepada umum merangkumi penyertaan wakil belia daripada pelbagai latar belakang termasuk atlet para (OKU), belia dari Sabah dan Sarawak.

Pelaksanaan MPBN ini turut menzahirkan hasrat dan komitmen Kerajaan MADANI dalam menyediakan ruang kepada belia untuk menyuarakan pandangan terhadap isu dan cabaran semasa

Persidangan turut dihadiri oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.