Berita KBS

Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Innotex System Corporation Sdn. Bhd. (ISC) dan SEIKO Time Creation Inc. (STC)

Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Innotex System Corporation Sdn. Bhd. (ISC) dan SEIKO Time Creation Inc. (STC)

14 Julai 2025, Osaka, Jepun - Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Innotex System Corporation Sdn. Bhd. (ISC) dan SEIKO Time Creation Inc. (STC) dalam satu majlis yang berlangsung di Yumeshima, Osaka, Jepun.


ISC merupakan ejen tunggal bagi perniagaan sistem masa SEIKO di Malaysia. PSM akan memulakan perbincangan kerjasama rasmi dgn ISC untuk mengurus dan mengendalikan Sistem Masa dan Pemarkahan Sukan (Sports Timing and Scoring System) bagi semua acara sukan dan bukan sukan yang diadakan di stadium-stadium di bawah seliaan PSM, terutamanya yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


SEIKO pula akan berperanan sebagai penyedia rasmi Sistem Masa dan Pemarkahan untuk Kuala Lumpur Sports City (KLSC).


Majlis menandatangani MoU ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Encik Iliyas bin Jamil; Ketua Pegawai Operasi ISC, Encik Md Rashidy bin Md Amin; serta Pengurus Besar SEIKO Time Creation Inc., Encik Shinya Kato.


Turut menyaksikan majlis ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, dan Pengerusi PSM, Datin Anita Azrina binti Abdul Aziz.


#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.