Berita KBS

Kunjungan Hormat Wakil UNICEF ke Malaysia

Kunjungan Hormat Wakil UNICEF ke Malaysia

11 Julai 2025, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), telah menerima kunjungan hormat daripada pihak UNICEF yang diketuai oleh Encik Robert Gass, Wakil UNICEF ke Malaysia.

Antara perkara utama yang dibawa oleh pihak UNICEF dalam sesi perbincangan ini termasuklah penglibatan dan penyertaan sivik, sokongan kesihatan mental dan psikososial, isu-isu berkaitan iklim dan alam sekitar, serta kerjasama dalam penganjuran program-program ASEAN.

UNICEF turut menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama strategik dengan KBS dalam bidang-bidang tersebut bagi memperkasa belia melalui inisiatif yang mampan dan bersifat inklusif.

KBS komited untuk terus memperkukuh kerjasama dengan rakan pembangunan antarabangsa dalam usaha mempertingkatkan kesejahteraan dan penyertaan aktif belia di peringkat nasional dan serantau.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #RancakkanMADANI  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.