Program Rakan Muda Turun Kampus - Han Chiang University College of Communication (HCUC), George Town, Pulau Pinang
- ukk
15 Julai 2025, Pulau Pinang - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, hadir ke Program Rakan Muda Turun Kampus yang berlangsung di Auditorium Han Chiang University College of Communication (HCUC), George Town, Pulau Pinang.
Program Rakan Muda Turun Kampus, yang kini memasuki siri kelima, merupakan platform khusus yang membolehkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menyampaikan aspirasi, pandangan serta idea mereka secara terus kepada kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkaitan pembangunan belia dan sukan.
Inisiatif ini selari dengan nilai teras Keyakinan dan Ihsan di bawah konsep Malaysia MADANI, yang menekankan kepentingan mendengar suara belia, menyantuni keperluan mereka serta membuka ruang untuk mereka menyumbang secara bermakna kepada pembangunan negara.
Pelaksanaan program ini turut menyasarkan usaha memperkukuh identiti dan perpaduan dalam kalangan pelajar IPT, membina jaringan kerjasama merentas institusi serta mendapatkan input langsung bagi memperkasa strategi KBS dalam pembangunan program belia.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI
