Berita KBS

Program The 10th Joint Seminar dan 41st Public Service Games for Public Sector Leaders

Program The 10th Joint Seminar dan 41st Public Service Games for Public Sector Leaders

18 Julai 2025, Singapura - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah bertemu rakan sejawat beliau Puan Teoh Zsin Woo, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Komuniti, Komuniti dan Belia (MCCY) Singapura bersempena Program The 10th Joint Seminar dan 41st Public Service Games for Public Sector Leaders di Singapura. 

Mesyuarat dua hala tersebut turut disertai oleh Encik Alan Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Sport Singapore, Encik David Chua, Ketua Pegawai Eksekutif National Youth Council (NYC) serta Puan Dhiya Delea Shukri daripada Bahagian Hubungan Antarabangsa KBS. 

Mesyuarat tersebut telah membuka ruang perbincangan yang konstruktif melibatkan beberapa perkara utama, termasuk cadangan untuk memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang belia dan sukan antara Malaysia dan Singapura. 

Selain itu, perbincangan turut merangkumi hasrat untuk berkerjasama dalam memperkasakan sukan massa serta menghidupkan semula National Sports Council (MSN) & Sport Singapore Games yang kali terakhir dianjurkan pada tahun 2014. 

Kedua-dua negara turut membincangkan supaya memperluaskan skop Program Pertukaran Belia antara NYC dan KBS agar melibatkan penyertaan belia dari pelbagai negeri dan latar belakang di Malaysia.

Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan strategik dalam bidang belia dan sukan menerusi pendekatan yang lebih inklusif, mampan dan berimpak tinggi. 

KBS kekal komited untuk memperluas jalinan kerjasama dua hala dengan negara-negara serantau, selaras dengan usaha memperkasakan keterlibatan belia serta meningkatkan kesejahteraan mereka di peringkat nasional dan antarabangsa.

Dalam kesempatan tersebut, YBhg. Dato’ Ts. Dr. KSU turut beramah mesra bersama para peserta Program Pertukaran Pemimpin Belia Malaysia-Singapura 2025 (Singapore-Malaysia Youth Leaders Exchange Programme - SMYLEP). 

Para peserta telah berkongsi pengalaman dan pembelajaran mereka sepanjang program berlangsung, yang melibatkan seramai 39 orang belia daripada pelbagai latar belakang dari kedua-dua negara.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

📸 National Youth Council (NYC)

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.