Kunjungan Hormat Pertubuhan Conscious Planet – SaveSoil Movement
- ukk
14 Julai 2025, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menerima kunjungan hormat daripada sukarelawan Pertubuhan Conscious Planet – SaveSoil Movement. SaveSoil Movement merupakan gerakan antarabangsa yang menyebarkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan tanah dan amalan guna tanah yang lestari.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut adalah En. Sahil Jha, seorang belia warganegara India yang berumur 19 tahun, yang akan berbasikal secara solo merentas 20 negara terpilih sejauh 20,000km. Beliau telah bermula di Australia setakat ini telah merentas Indonesia, Singapura dan Malaysia, serta akan meneruskan perjalanan ke Eropah dan Amerika Syarikat untuk menyebarkan mengenai mesej kempen ini.
KBS akan terus menyokong usaha untuk melestarikan alam dan gaya hidup sihat melalui program-program seperti Rakan Bumi. Turut hadir, YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pengarah Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) dan Encik Ahmad Faedzal bin Md Ramli, Setiausaha Bahagian (Hubungan Antarabangsa), KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
