Berita KBS

Majlis Perasmian Pertandingan Lompat Tali Terbuka Kebangsaan 2025

Majlis Perasmian Pertandingan Lompat Tali Terbuka Kebangsaan 2025

23 Julai 2025, Bukit Jalil, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Pertandingan Lompat Tali Terbuka Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pertandingan yang bermula pada 22 Julai dan dijadualkan berakhir pada 24 Julai 2025 ini menyaksikan penyertaan lebih 1,500 peserta merangkumi 150 pasukan dari seluruh negara. 

Penganjuran ini menjadi antara inisiatif strategik dalam memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan fizikal dan mental rakyat, selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI.

Turut berlangsung, penyempurnaan penyerahan Jalur Gemilang kepada Pasukan Lompat Tali Malaysia yang akan mewakili negara ke Kejohanan Lompat Tali Dunia 2025 di Kawasaki, Jepun dari 27 Julai hingga 3 Ogos 2025.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.