Berita KBS

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Olympic House

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Olympic House

7 Ogos 2025, Bukit Jalil, Kuala Lumpur - Majlis Pecah Tanah bagi pembinaan Olympic House, ibu pejabat baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM), telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Turut hadir YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia..

Olympic House akan dibina di atas tanah seluas 5.38 ekar dengan keluasan lantai kasar 140,973 kaki persegi, dan akan menghimpunkan 58 persatuan sukan kebangsaan di bawah satu bumbung — ke arah memperkukuh kerjasama serta tadbir urus pengurusan sukan negara.

Bangunan ini bakal menampilkan rekaan moden dan mesra alam, lengkap dengan auditorium, pusat sumber, gimnasium, muzium, galeri serta pelbagai kemudahan lain termasuk papan tanda solar, sistem penuaian air hujan dan pengudaraan semula jadi.

Pembinaan Olympic House diharapkan dapat menjadi simbol kemajuan dan aspirasi Malaysia dalam memperkasa pembangunan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.