Berita KBS

Program Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025

Program Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025

9 Ogos 2025, Kuala Terengganu - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan pelepasan Program Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025 di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Program bersempena dengan Kepengerusian ASEAN ini berjaya menghimpunkan lebih 4,000 peserta dari negara-negara ASEAN. 

Antara aktiviti yang berlangsung seperti kayuhan basikal 30km, larian santai 5km, fun walk 3km, pameran agensi dan aktiviti interaktif yang mengeratkan perpaduan serantau.

Inisiatif ini mempromosi gaya hidup sihat, budaya sukan dan pertukaran silang budaya, seiring aspirasi Visi Komuniti ASEAN 2045 menjadikan rantau ini hab sukan kecemerlangan demi keamanan, kesaksamaan, kesihatan, pendidikan dan pembangunan sosioekonomi.

Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.