Majlis Graduasi Akademi Rakan Muda (ARM) 2024
- ukk
9 Ogos 2025, Seri Kembangan - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, merasmikan Majlis Graduasi Akademi Rakan Muda (ARM) 2024 dan melancarkan ARM 2025.
ARM ialah inisiatif pemerkasaan belia peringkat kebangsaan yang melengkapkan anak muda dengan kemahiran, pendanaan dan bimbingan untuk memimpin projek komuniti selari dengan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
ARM 2024 yang diterajui Impact Integrated dengan sokongan KBS, berjaya menjangkau 8,141 individu melalui 10 projek komuniti diketuai belia dari pelbagai latar belakang termasuk belia luar bandar, OKU, dan komuniti pribumi Sabah & Sarawak.
Inisiatif ini memberi impak positif dalam bidang literasi kewangan, pemeliharaan budaya, kemahiran teknikal, kesihatan mental, kelestarian alam sekitar dan pembangunan luar bandar — selari dengan Agenda Pembangunan Mampan (SDG) 2030.
Tahun ini, ARM 2025 akan dilaksanakan dengan skala lebih besar melibatkan 10 projek impak sosial bernilai sehingga RM15,000 setiap projek.
KBS komited membina ekosistem impak sosial kukuh berteraskan nilai kesejahteraan dan keyakinan dalam kerangka Malaysia MADANI.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
