Berita KBS

Lawatan Kerja YAB Timbalan Perdana Menteri ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil

Lawatan Kerja YAB Timbalan Perdana Menteri ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil

12 Ogos 2025, Dengkil, Selangor - YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil bagi meninjau secara dekat pendekatan baharu pemulihan yang lebih mesra klien.

Lawatan yang turut disertai oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, ini menegaskan komitmen kerajaan MADANI dalam menangani isu penagihan dan penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang, khususnya dalam kalangan belia.

Dalam sesi tersebut, turut berlangsung penyerahan Gimnasium Transform GYM oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk kegunaan klien dan warga PUSPEN Dengkil. 

Kemudahan ini bukan sekadar ruang kecergasan, tetapi menjadi simbol kolaborasi erat KBS–KDN dalam menyokong gaya hidup sihat, meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, serta memperkukuh proses pemulihan klien.

Selaras dengan penekanan YAB Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kerajaan mengutamakan ketenteraman awam dengan memerangi penyalahgunaan dadah yang dikenal pasti sebagai punca kepada 28 jenis jenayah lain. 

Justeru, pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu akan dilaksanakan, merangkumi aspek penguatkuasaan, pencegahan, dan pemulihan. 

Langkah ini sekali gus mengubah serta memperkukuh paradigma dalam usaha merawat isu penagihan dadah melalui kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan, institusi pemulihan, dan pihak berkepentingan.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.