Kunjungan Hormat Ke Atas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
- ukk
13 Ogos 2025, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato' Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan termasuk potensi kerjasama KBS dan SPA dalam penambahbaikan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi calon Orang Kurang Upaya (OKU), program jangkauan kepada belia dan pelantikan Sekretariat MASOC 2025.
Turut hadir YBhg. Datuk Ikhbal Hanam bin Mukras, Setiausaha SPA, YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Encik Bazarul Mazni bin Baharuddin, Setiausaha Bahagian (Pengambilan Khas) SPA, Puan Joyce Evelyn Ejau, Setiausaha Bahagian (Pengambilan) SPA dan Puan Rai'dah binti Mohd Yaman, Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia) KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
