Perhimpunan Bulanan KBS – Ogos 2025
- ukk
14 Ogos 2025, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, hadir di Perhimpunan Bulanan KBS – Ogos 2025.
Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa kejayaan program KBS adalah hasil kerjasama dan komitmen warga KBS sendiri. Selari dengan pindaan had umur belia yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026, beliau mahu program belia disesuaikan dengan julat umur baharu agar lebih strategik dan selaras dengan matlamat Kementerian.
Bersempena dengan bulan kebangsaan, YB Timbalan Menteri turut mengajak warga KBS bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotisme. Beliau menambah, tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni adalah seiring dengan peranan KBS dalam menyatukan masyarakat melalui program belia dan sukan.
Majlis turut menyaksikan penyerahan kit Jalur Gemilang oleh wakil Jabatan Penerangan Malaysia kepada YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS.
Perhimpunan diserikan dengan persembahan nyanyian patriotik Saya Anak Malaysia oleh Taska Permata KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
