Program Rakan Muda Turun Kampus di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI)
- ukk
14 Ogos 2025, Bangi, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Program Rakan Muda Turun Kampus di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI), Bangi, Selangor.
Memasuki siri ketujuh, program ini menjadi platform khas bagi penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) menyampaikan aspirasi, pandangan dan idea tentang pembangunan belia dan sukan secara langsung kepada kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Inisiatif ini selari dengan nilai teras Keyakinan dan Ihsan di bawah konsep Malaysia MADANI, yang menekankan kepentingan mendengar suara belia, menyantuni keperluan mereka, serta memberi ruang untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan negara.
Program ini diharap dapat memperkukuh identiti dan perpaduan pelajar IPT, membina jaringan kerjasama merentas institusi, serta menyediakan input berharga dalam usaha KBS merangka strategi pemerkasaan program belia.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI
