Berita KBS

KBS: Standing In The Eyes Of The World

KBS: Standing In The Eyes Of The World

Sembang santai KBS kali ini mengangkat topik “KBS: Standing In The Eyes Of The World” yang dikendalikan oleh Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA) bersama moderator En. Ahmad Faedzal bin Md Ramli serta panel jemputan En. Muhamad Asyraf bin Abdul Azias dan Cik Dhiya Delea binti Shukri.

Sesi anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK), KBS ini menjadi wadah perkongsian ilmu yang memberi manfaat kepada seluruh warga KBS.

Dalam perkongsiannya, Cik Dhiya menerangkan mengenai Dana Belia Antarabangsa KBS yang berfungsi sebagai dana sokongan kepada belia yang ingin menyertai forum, persidangan, atau simposium di peringkat antarabangsa. Beliau turut berkongsi mengenai memorandum persefahaman (MoU) antara KBS dan negara luar, antaranya Australia, yang memfokuskan kepada pertukaran belia dalam bidang TVET.

Sementara itu, En. Asyraf menjelaskan peranan Malaysia sempena Kepengerusian ASEAN, di mana BHA berfungsi sebagai focal point bagi penglibatan Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha serta pengawai-pegawai kanan KBS 

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.