Berita KBS

Majlis Penutupan Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Tengah dan iDEA’25

Majlis Penutupan Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Tengah dan iDEA’25

17 Ogos 2025, Kuala Langat - Majlis Penutupan Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Tengah dan iDEA’25 telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu di Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Kuala Langat.

Program ini memperlihatkan komitmen KBS memperkasa TVET serta menghubungkan institusi latihan dengan industri. 

Sebanyak 500 projek inovasi belia dipertandingkan, menjadikan iDEA’25 sebagai platform utama mencungkil kreativiti generasi muda, selari dengan Teras Malaysia MADANI: Daya Cipta.

Turut berlangsung Hari Kerjaya TVET Zon Tengah yang menghimpunkan 4 institusi latihan dengan penyertaan 30 syarikat industri, menawarkan lebih 1,500 peluang pekerjaan dan latihan industri. 

Program ini menjadi jambatan antara pelajar dan majikan melalui sesi temu duga terbuka, pameran serta padanan kerjaya.

KBS komited memperkukuh ekosistem TVET yang inklusif dan mampan supaya belia Malaysia kekal relevan mendepani cabaran masa hadapan.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.