Program Urus Tadbir Dana Awam KBS Tahun 2025
- ukk
18 Ogos 2025, Putrajaya - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta Unit Integriti (UI) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Program Urus Tadbir Dana Awam KBS Tahun 2025, sebagai inisiatif pendidikan dan advokasi dalam memperkukuh integriti pengurusan dana awam.
Pelaksanaan program ini merupakan sebahagian daripada fokus utama Halatuju Sektor Pencegahan yang menekankan pendidikan antirasuah di samping penelitian terhadap amalan, sistem dan tatacara badan awam bagi memperkukuh langkah pencegahan rasuah.
Lebih 200 orang yang terdiri daripada pemegang taruh belia dan sukan serta pegawai KBS telah terlibat program ini.
Turut hadir sama YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN; Tuan Razali bin Khamis, Ketua Unit Integriti KBS; serta Puan PKPj Aini binti Awang Muda, Ketua Cawangan Sosiobudaya dan Politik, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
