Perjumpaan YB Menteri Belia dan Sukan bersama-sama Pelajar ILKBS ke Pertandingan WorldSkills ASEAN Manila 2025
- ukk
20 Ogos 2025, Putrajaya - Hari ini berlangsung sesi penyampaian amanat oleh YB Menteri Belia dan Sukan kepada pelajar-pelajar ILKBS yang akan mewakili negara ke Pertandingan WorldSkills ASEAN Manila 2025.
Seramai 4 pelajar ILKBS terpilih membawa cabaran Malaysia di pentas serantau:
1️⃣ Wan Nur Amilya binti Wan Zolkarnaini – IKBN Kemasik (Hairdressing)
2️⃣ Kairul Amer bin Ruslan – IKTBN Dusun Tua (Electrical Installations)
3️⃣ Muhammad Amar bin Azli – IKBN Wakaf Tapai (Welding)
4️⃣ Ahmad Basyir bin Nizam – IKBN Naka (Refrigeration & Air Conditioning)
Turut hadir menyatakan sokongan padu ialah YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, Puan Zakiah binti Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan bersama barisan pengurusan tertinggi KBS serta pasukan teknikal & strategik WorldSkills ASEAN 2025.
Amanat YB Menteri menekankan semangat juang, disiplin, doa dan kesungguhan untuk membawa pulang kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Mari kita bersama-sama memberi sokongan kepada wira & wirawati muda negara ini.
Go For Gold! #KitaSemuaTeamMAS!
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
