Majlis Perasmian Penyerahan Projek Menaik Taraf Gelanggang Tenis Daerah Sandakan, Sabah
- ukk
23 Ogos 2025, Sandakan, Sabah - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Perasmian Penyerahan Projek Menaik Taraf Gelanggang Tenis Daerah Sandakan, Sabah.
Kerja-kerja naik taraf yang bermula pada Ogos 2024 susulan lawatan kerja YB Menteri awal tahun lalu telah siap sepenuhnya pada November 2024.
Projek bernilai RM350,000 ini meliputi pembaikan lantai gelanggang, pembinaan parit baharu serta penyediaan portable awning demi keselesaan pengguna.
Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha Kerajaan MADANI dalam menaik taraf kemudahan sukan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, khususnya di Sandakan dan kawasan sekitarnya.
KBS sentiasa komited memastikan fasiliti sukan yang sesuai, selesa dan berkualiti untuk masyarakat, selain menjadi platform melahirkan bakat baharu tenis di daerah ini.
Projek ini juga membuktikan fokus KBS bukan hanya kepada kompleks sukan berskala besar, malah turut menitikberatkan kemudahan komuniti berskala kecil seperti gelanggang futsal, gelanggang serbaguna dan padang bola sepak yang dekat dengan penduduk serta belia setempat.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
