2nd ASEAN Sports Cardiology Symposium (ASCS) 2025
- ukk
27 Ogos 2025, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, hari ini merasmikan 2nd ASEAN Sports Cardiology Symposium (ASCS) 2025 di Bukit Jalil.
Simposium selama dua hari ini menghimpunkan pakar terkemuka, pengamal kesihatan dan penggiat sukan dari Malaysia serta seluruh ASEAN dalam usaha memperkukuh bidang kardiologi sukan dan memastikan kesejahteraan atlet.
Anjuran Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama Persatuan Perubatan Sukan Malaysia (MASM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), program ini menjadi platform penting bagi memperluas penyelidikan, pertukaran ilmu dan perkongsian amalan klinikal dalam bidang tersebut.
Penganjuran ini turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju sains dan perubatan sukan, seiring komitmen Kementerian dalam mempromosikan penyertaan sukan yang selamat serta melindungi atlet di semua peringkat.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
