Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M
- ukk
5 September 2025, Serdang, Selangor - Seramai 60 warga KBS turut serta dalam Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M yang berlangsung dengan penuh meriah di MAEPS, Serdang.
Bertemakan “Membangun Ummah MADANI”, sambutan ini bukan sahaja memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, malah menjadi wadah terbaik untuk masyarakat meneladani susur kehidupan, perjuangan serta sunnah Baginda.
Penyertaan Kontinjen KBS mencerminkan komitmen warga KBS dalam menghayati nilai-nilai murni Rasulullah SAW, termasuk amanah, keadilan, dan kasih sayang sesama insan.
Sambutan kali ini turut menekankan kepentingan membudayakan akhlak mulia dalam kehidupan seharian, khususnya dalam melaksanakan amanah terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
Hal ini juga selari dengan teras Ihsan dan Kesejahteraan di bawah gagasan Malaysia MADANI, yang menyeru ke arah pembinaan masyarakat penuh kasih sayang, saling menghormati, serta berintegriti.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
