Program 90 Minit Sembang Santai Kembara Dunia bersama YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang
- ukk
11 September 2025, Putrajaya - Program 90 Minit Sembang Santai Kembara Dunia bersama YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang telah membawa warga KBS mengembara secara minda merentasi benua.
Dalam perkongsian ini, beliau menceritakan pengalaman unik menjelajah selama 100 hari ke 15 buah negara merangkumi Asia, Eropah, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun.
Bukan sekadar cerita perjalanan, tetapi ia turut membuka ruang untuk kita melihat dunia luar dari sudut yang berbeza, memperkayakan ilmu pengetahuan, meluaskan perspektif, serta memberi inspirasi bagaimana warga KBS boleh meneroka kaedah baharu dalam melaksanakan tanggungjawab seharian.
Semoga perkongsian ini menjadi pencetus semangat untuk kita terus belajar, berkongsi dan berkembang bersama.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
