Rakan Muda Turun Kampus - HELP University Subang 2 Campus, Selangor
- ukk
11 September 2025, Subang, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Program Rakan Muda Turun Kampus di HELP University Subang 2 Campus, Selangor.
Memasuki siri kelapan, program ini menjadi platform istimewa bagi penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) menyampaikan aspirasi, pandangan serta idea berkaitan pembangunan belia dan sukan secara langsung kepada kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Inisiatif ini seiring dengan nilai teras Keyakinan dan Ihsan di bawah kerangka Malaysia MADANI, yang menekankan kepentingan mendengar suara belia, menyantuni keperluan mereka, serta memberi ruang untuk menyumbang secara terus kepada agenda pembangunan negara.
Program ini diharap dapat memperkukuh identiti serta perpaduan pelajar IPT, membina jaringan kerjasama merentas institusi, selain menyediakan input berharga untuk KBS dalam merangka strategi pemerkasaan belia pada masa hadapan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI
