Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 (Zon Borneo 2)
- ukk
13 September 2025, Sarawak - Tiga hari penuh warna-warni di Rumah Panjang Kanyan, Pakan, Sarikei melabuhkan tirai dengan kemuncak Sesi Townhall bersama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia & Sukan yang disertai hampir 900 orang belia.
Sepanjang program, anak muda dari pelbagai komuniti berkumpul dalam aktiviti seperti Program Anak Angkat, sukarelawan, rentas budaya, kepimpinan belia, keusahawanan sosial & advokasi Nilai Teras Malaysia MADANI. Konsep keluarga angkat jadi tarikan, eratkan semangat kekitaan & persefahaman rentas budaya.
Kembara JOM bukan sekadar perjumpaan, tapi juga platform untuk anak muda suarakan pandangan, tambah ilmu berorganisasi & bina jaringan komuniti.
Majlis penutupan disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, tanda sokongan padu kerajaan negeri terhadap usaha memperkukuh ekosistem belia di Sarawak.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI
