Berita KBS

Sambutan Hari Malaysia 2025

Sambutan Hari Malaysia 2025

16 September 2025, Pulau Pinang - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Sambutan Hari Malaysia 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA@Arena, Butterworth, Pulau Pinang.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, sambutan ini menghimpunkan ribuan rakyat daripada pelbagai latar belakang bagi meraikan kepelbagaian budaya serta semangat kebersamaan yang menjadi tunjang kekuatan negara.

Majlis disempurnakan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Turut hadir, YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan & YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Dalam semangat sambutan ini, diharapkan belia Malaysia khususnya untuk terus menjadi penggerak utama dalam memperkukuh perpaduan, mengekalkan keharmonian, serta memacu negara ke arah masa depan yang lebih makmur dan progresif.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.