Berita KBS

Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ke-20 - Sidang Pertama

Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ke-20 - Sidang Pertama

20 September 2025, Kajang - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ke-20 di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Kajang, Selangor.

Pada majlis ini, seramai 3,240 graduan ILKBS menerima pengiktirafan di peringkat Diploma Lanjutan, Diploma, Sijil Lanjutan dan Sijil.

YB Menteri turut menyampaikan tiga anugerah utama, iaitu Anugerah Graduan Terbaik ILKBS 2025, Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan ILKBS 2025 & Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan 2025.

Bagi tahun 2024, kadar kebolehpasaran kerja graduan ILKBS mencecah 97%, membuktikan graduan TVET kini menjadi pilihan utama industri dan berperanan penting dalam memacu pembangunan ekonomi negara.

KBS kekal komited menambah baik serta menawarkan kursus berkualiti yang seiring dengan perkembangan teknologi terkini, agar golongan belia lebih berdaya saing, relevan dan memenuhi keperluan industri.

Turut hadir, YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.