Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Papan Markah (Scoreboard) di Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Negeri Sembilan
- ukk
20 September 2025, Paroi - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Papan Markah (Scoreboard) di Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Negeri Sembilan.
Projek bernilai RM500,000 ini telah dimulakan pada Januari lalu dan siap sepenuhnya pada Julai 2025, melibatkan penggantian papan markah lama dengan sistem baharu yang lebih moden, pembaikan pendawaian rosak serta pengubahsuaian panel kawalan.
Dengan kemudahan ini, keputusan pertandingan dapat dipaparkan dengan lebih pantas, tepat dan efisien kepada atlet, jurulatih dan penonton.
Penaiktarafan ini bukan sahaja meningkatkan kualiti pengalaman pertandingan, malah memberi motivasi tambahan kepada para perenang untuk berlatih lebih gigih.
Ia juga mencerminkan komitmen berterusan KBS dalam memperkukuh ekosistem sukan negara, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk menyediakan fasiliti yang inklusif – daripada kompleks besar hingga ke kemudahan komuniti yang dekat dengan rakyat.
Pusat Akuatik Negeri, Paroi kini bersedia menjadi medan terbaik melahirkan lebih ramai bakat sukan dari peringkat akar umbi hingga profesional.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
