Berita KBS

 Liga Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) 2025 Peringkat Kebangsaan

Liga Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) 2025 Peringkat Kebangsaan

20 September 2025, Seremban - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, hadir menyantuni peserta Liga Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) 2025 Peringkat Kebangsaan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Inisiatif baharu KBS ini bertujuan memperkasa komuniti OKU melalui penyertaan aktif dalam sukan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan semangat “No One Left Behind”.

Edisi tahun ini menyaksikan lebih 6,500 penyertaan dari seluruh negara dengan tiga acara utama dipertandingkan iaitu bola tampar duduk, futsal dan tenpin boling. 

Uniknya, liga ini tidak menetapkan had umur maksimum (bermula dari 15 tahun ke atas) serta terbuka kepada atlet dengan pelbagai bentuk ketidakupayaan termasuk fizikal, intelektual, visual dan pendengaran. 

Pendekatan inklusif ini bukan sahaja memperluas penyertaan, malah memperkukuh nilai kesukanan, semangat kebersamaan dan keterangkuman dalam masyarakat.

Selain sebagai medan pertandingan, Liga Sukan OKU juga menjadi platform pembangunan sahsiah, pemerkasaan sosial serta pencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke pentas lebih tinggi seperti Para SUKMA, Para ASEAN dan Paralimpik.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.