Program Hari Digital: Smart With AI KBS
- ukk
23 September 2025, Putrajaya - Bertempat di Menara KBS, telah berlangsung Program Hari Digital: Smart With AI KBS yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) merangkap Chief Digital Officer KBS.
Program ini dianjurkan dengan objektif untuk menyokong usaha transformasi pendigitalan sektor kerajaan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada warga KBS tentang kepentingan teknologi maklumat serta teknologi baharu yang relevan dengan tugasan harian, di samping menjadi platform mencetuskan idea dan inovasi berasaskan teknologi bagi menambah baik produk dan perkhidmatan sedia ada.
Selain itu, program ini turut mempromosikan sistem digital KBS dan agensi di bawahnya agar dapat digunakan secara lebih optimum.
Antara pengisian menarik dalam Hari Digital: Smart With AI KBS termasuk sesi perkongsian dengan topik “Penyamaran sebagai Jalan Penipuan Siber” oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM); “Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam (GPAISA)” oleh Jabatan Digital Negara (JDN); serta perkongsian “AI Sports Analytics”, “Empowering Smart Work Through AI” dan “AI Tools for Work”.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
