ASEAN Youth Leadership Conference 2025
- ukk
17 Oktober 2025, Kuala Lumpur - Sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan ASEAN Youth Leadership Conference 2025 pada 17–18 Oktober di Royale Chulan Kuala Lumpur, yang dirasmikan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Bertemakan “Next-Gen Leadership: Leading with Inclusivity & Sustainability”, persidangan ini menzahirkan komitmen Malaysia dalam melahirkan pemimpin muda yang berintegriti, inovatif dan berwawasan — selaras dengan nilai Malaysia MADANI.
Lebih 150 peserta terdiri daripada pemimpin muda ASEAN, NGO, pelajar dan profesional muda berkongsi idea dan strategi membentuk kepimpinan inklusif dan lestari.
Turut hadir barisan panel antarabangsa dari ASEAN dan Korea Selatan yang berpengalaman luas dalam bidang kepimpinan belia.
AYLC 2025 menjadi platform strategik untuk memperkukuh jaringan serantau dan memupuk nilai integriti, inovasi serta kelestarian dalam kalangan belia ASEAN.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
