Berita KBS

KUNJUNGAN HORMAT TYT ISIAKA ABDULQADIR IMAM, SETIAUSAHA AGUNG PERTUBUHAN LAPAN NEGARA MEMBANGUN (D-8)

KUNJUNGAN HORMAT TYT ISIAKA ABDULQADIR IMAM, SETIAUSAHA AGUNG PERTUBUHAN LAPAN NEGARA MEMBANGUN (D-8)

Putrajaya, 27 Julai 2023 - YBrs. Puan Ramona Mohd. Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS telah mewakili YB Menteri Belia dan Sukan untuk menerima kunjungan hormat daripada TYT Isiaka Abdulqadir Imam, Setiausaha Agung Pertubuhan Lapan Negara Membangun (D-8) di Menara KBS pada 27 Julai 2023.

TYT Isiaka telah memaklumkan bahawa pembangunan belia merupakan antara agenda utama dalam D-8. Salah satu inisiatif utama adalah cadangan penubuhan Majlis Belia D-8. KBS telah menekankan komitmen Malaysia dalam usaha pemerkasaan belia dan sukan serta memberi sokongan kepada cadangan penubuhan Majlis Belia tersebut, tertakluk kepada butiran pelaksanaan yang akan dikemukakan oleh D-8 kemudian.

Selain itu, kedua-dua pihak juga membincangkan cadangan program belia dan sukan yang berpotensi untuk diterokai bersama termasuk program pertukaran belia dan penganjuran pertandingan sukan antara negara anggota D-8.

Turut hadir adalah YBrs. Dr. Zainah Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia), Jabatan Belia dan Sukan, YBrs. Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa serta delegasi dari Kementerian Luar Negeri yang diketuai oleh YBrs. Encik Ahmad Kamrizamil bin Mohd Riza, Setiausaha Bahagian OIC, Kerjasama Serantau dan D-8, Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.