Majlis Perasmian Penutupan Program Keusahawanan Sosial Belia Luar Bandar (SERY) 2025
- ukk
26 November 2025, Kuala Lumpur - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program Keusahawanan Sosial Belia Luar Bandar (SERY) 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Majlis menyaksikan kumpulan Belia Massa Inovasi dinobatkan sebagai Johan SERY 2025 menerusi projek memanfaatkan tempurung kelapa menjadi arang.
SERY merupakan inisiatif KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi membangunkan potensi belia dalam bidang keusahawanan sosial serta memperkasa komuniti luar bandar.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
