Kunjungan Hormat daripada Naib Presiden Majlis Perniagaan Malaysia-Bosnia & Herzegovina
- ukk
Putrajaya,26 Julai 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Majlis Perniagaan Malaysia-Bosnia & Herzegovina, Encik Mirza Vejzagic di Menara KBS, Putrajaya.
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai aspek telah dibincangkan termasuk hubungan dua hala antara Malaysia dan Bosnia terutamanya dalam kerjasama pembangunan belia dan sukan serta peluang kerjasama yang boleh diterokai bersama.
Turut dibincangkan adalah kerjasama dalam program pembangunan bola sepak antara Malaysia dan Bosnia seperti peluang latihan serta pertukaran teknologi selain pengetahuan antara kedua-dua negara bagi mempersiapkan pasukan bola sepak untuk bersaing di peringkat tertinggi.
Dalam sesi ini juga kedua belah pihak berbincang untuk menerokai program pertukaran serta pembangunan belia.
Turut sama semasa kunjungan hormat tersebut ialah YBrs. Dr Zainah Shariff (Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN), YBrs. En Ahmad Faedzal Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif ISN), En Zurihanmi Zakariya (Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik) serta En Muhamad Yusuf Ibrahim (National Football Development Program).
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI