PENGUKUHAN INTEGRITI BERSAMA PENGURUSAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA
- ukk
26 November 2025, Port Dickson –Unit Integriti (UI) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah menganjurkan Bicara Integriti: Tatakelola Baik bersama Pengarah-Pengarah serta pegawai-pegawai JBSN selaras dengan keperluan Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA).
Penganjuran program ini menampilkan Tuan Mohd Adib bin Othman, Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, yang berkongsi pengalaman dan contoh-contoh kes seperti tuntutan palsu, kesalahan integriti, ketidakpatuhan tatakelola, perolehan dan salah laku pegawai awam.
Dengan adanya inisiatif pengukuhan integriti seperti ini adalah diharapkan agar warga kerja KBS dapat menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang seterusnya mampu memberi manfaat kepada bidang belia dan sukan.
