Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0 Zon Selatan
- ukk
29 November 2025, Melaka - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, turun padang menyempurnakan Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0 Zon Selatan, sekali gus mengukuhkan agenda pemerkasaan belia luar bandar di Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil, Melaka.
Program selama tiga hari bermula 28 hingga 30 November 2025 ini menghimpunkan belia dari Melaka, Johor dan Negeri Sembilan bersama komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kemasyarakatan.
Zon Selatan merupakan siri keenam dan penutup Kembara JOM 2.0 yang dilaksanakan dari Julai hingga November 2025.
Program ini memberi tumpuan kepada penglibatan belia luar bandar—meliputi belia massa dan belia berpersatuan—bagi memperluas jaringan sosial, memperkukuh kepimpinan serta menggalakkan penyertaan aktif mereka dalam pembangunan komuniti di ketiga-tiga negeri terlibat.
Antara pengisian utama termasuk Sesi Townhall bersama YB Timbalan Menteri, gotong-royong, ziarah kasih bersama komuniti setempat dan aktiviti kemasyarakatan lain.
KBS akan terus memperkukuh pelaksanaan Kembara JOM sebagai platform libat urus menyeluruh bersama belia akar umbi, memastikan suara, aspirasi dan keperluan sebenar golongan muda didengari dan diterjemahkan ke dalam dasar serta program pembangunan belia berteraskan nilai-nilai MADANI.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
