Berita KBS

Majlis Grand Final dan Penyampaian Anugerah Rakan Muda Debating Championship (RMDC) 2025

Majlis Grand Final dan Penyampaian Anugerah Rakan Muda Debating Championship (RMDC) 2025

30 November 2025, Putrajaya - Majlis Grand Final dan Penyampaian Anugerah Rakan Muda Debating Championship (RMDC) 2025 peringkat kebangsaan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS) yang berlangsung di Putrajaya.

Tahniah dan syabas kepada RMDC 2025 — SMJK Katholik PJ selaku Juara dan Sri KDU sebagai Naib Juara. Pencapaian ini mencerminkan kualiti pemikiran kritis, keterampilan komunikasi dan semangat dialog yang semakin berkembang dalam kalangan belia negara.

Kejohanan ini menghimpunkan lebih 80 pasukan dan lebih 400 pendebat muda dari seluruh negara bagi tahun 2025.

RMDC bertujuan memperkasa belia agar mampu berfikir secara matang dan berwibawa terhadap isu-isu yang membentuk masa depan generasi mereka. Bertemakan “Shaping Tomorrow, Starting Today”, RMDC 2025 menjadi platform nasional untuk mengasah kemahiran berfikir kritis, komunikasi berkesan dan penyelesaian masalah.

KBS percaya bahawa pemerkasaan intelektual perlu bergerak seiring dengan pembangunan fizikal, emosi dan moral — selari dengan prinsip Malaysia MADANI.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.

Rakan Muda, Yakin Boleh!

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.