Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang II, Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026
- ukk
2 Disember 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang II, Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.
MPBN merupakan badan perunding yang membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan belia. Ia juga menjadi platform intelektual yang menghubungkan pemimpin pertubuhan belia peringkat negeri dan kebangsaan dengan Kementerian serta agensi Persekutuan, bagi memperkukuh penyelarasan dasar dan pelaksanaan program belia secara lebih strategik.
Sepanjang persidangan, tiga (3) usul berkaitan pembangunan belia telah dibahaskan oleh para perwakilan.
Pelaksanaan MPBN mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menyediakan ruang yang lebih inklusif untuk belia menyuarakan pandangan terhadap isu dan cabaran semasa. Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keterangkuman serta penglibatan aktif antara belia dan Kerajaan. Usaha ini turut memperkasakan peranan belia sebagai pemangkin kepada pembentukan masyarakat sejahtera, seiring matlamat Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).
Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
