Berita KBS

Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC)

Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC)

Bukit Jalil, 25 Julai 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC) di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

Selepas 25 tahun, KLSC terus mengorak langkah bukan hanya menyasarkan penganjuran sukan berprestij antarabangsa sahaja, malah untuk menyediakan fasiliti hiburan dan gaya hidup kepada rakyat dimana ia lebih komprehensif dan bukan tertumpu kepada aktiviti sukan sahaja.

Sempena Ulang Tahun ke 25 KLSC, pelaksanaan konsep merakyatkan sukan melalui penggunaan fasiliti sukan di bawah PSM telah dipersetujui dengan pemberian secara percuma untuk kegunaan Sambutan Hari Sukan Sekolah tertakluk kepada kekosongan jadual tempahan fasiliti.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.