Berita KBS

Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Kebangsaan

Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Kebangsaan

6 Disember 2025, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, merasmikan Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya. 

Penganjuran ini berlangsung seiring dengan Hari Sukarelawan Antarabangsa yang disambut pada 5 Disember setiap tahun.

Sambutan HKBM Peringkat Kebangsaan 2025 membawa tema “Belia ASEAN, Komuniti Berdaya”, yang menekankan keberanian, keupayaan dan komitmen golongan belia untuk terus menyumbang serta memberi impak positif, bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi merentasi sempadan ASEAN.

KBS menyasarkan lebih 5,000 peserta menyertai HKBM di peringkat Kebangsaan dan Negeri, sekali gus mencerminkan sambutan yang amat menggalakkan serta tahap kesedaran yang tinggi terhadap semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.

Secara keseluruhan, penglibatan sukarelawan belia di bawah pelbagai inisiatif KBS sepanjang tahun 2025 telah mencecah lebih 10,420 orang. 

Peningkatan ini menunjukkan perkembangan yang positif dalam usaha memperkukuh budaya kesukarelawanan serta memupuk penyertaan aktif belia dalam pembangunan komuniti.

Sambutan HKBM 2025 turut menampilkan Pertandingan Video Pendek, Fotografi dan Esei, dengan pemenang diumumkan pada sesi penutup. Pertandingan ini menjadi platform ekspresi kreatif belia, selaras dengan tema “Belia ASEAN, Komuniti Berdaya”.

Hadir sama Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.