Majlis Perasmian Penutupan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku
- ukk
7 Disember 2025, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025.
Majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, turut menyaksikan sesi Town Hall bersama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dan YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, sekali gus membuka ruang interaksi terbuka antara Kerajaan dan rakyat.
Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa Program Rancakkan MADANI merupakan platform terbaik untuk rakyat melihat secara langsung pelaksanaan serta perkembangan inisiatif Kerajaan MADANI sepanjang tempoh tiga tahun.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat yang hadir dalam jumlah yang amat menggalakkan.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
