Berita KBS

WACANA PEMIMPIN MUDA NEGERI SELANGOR

WACANA PEMIMPIN MUDA NEGERI SELANGOR

WACANA PEMIMPIN MUDA NEGERI SELANGOR

Bangi | 22 Julai 2023

Program Wacana Pemimpin Muda Peringkat Negeri Selangor telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Auditorium, Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi. Program ini berjaya mengumpulkan seramai 350 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia di Negeri Selangor.

Pelbagai pengisian yang bermanfaat serta padat dengan informasi diadakan pada program ini antaranya Ceramah Kepimpinan Anak Muda yang disampaikan oleh Ketua Penerangan Majlis Belia Negeri Selangor, Encik Ahmad Fahmi Adzha bin Mohd Nasarudin dan Integriti dalam Berpersatuan oleh Tuan Mohamad Izzat bin Mhd Noor daripada SPRM Negeri Selangor. Program ini dirasmikan oleh YB Syahredzan bin Johan, Ahli parlimen Bangi dan turut  hadir di program ini adalah Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Encik Mohd Hidayat bin Mohd Sauffi dan Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik A. Raman bin Musbah.

Selain itu pelbagai pameran turut diadakan melibatkan IKTBN Sepang, IKTBN Kuala Langat, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-Lead) dan Pusat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:


ߎ毸rgerakan Pemuda Malaysia Negeri Selangor

ߎ毸jlis Belia India Malaysia Cawangan Puchong

ߎ毸rsatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan

ߎ毸rtubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia Cawangan Kuala Kubu

ߎ毸lab Belia Jatidiri Serendah

yang telah menerima Sijil Penarafan 5 Bintang Pertubuhan Belia tahun 2022.

Diharap pendekatan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ini mendekati belia-belia yang terdiri daripada belia berpersatuan, belia IPTA dan IPTS serta belia sekolah dapat menarik minat mereka menjadi ahli persatuan belia dan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

 

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.