Sesi Lapor Diri Rasmi YB Menteri dan YB Timbalan Menteri Baharu Kementerian Belia dan Sukan
- ukk
17 Disember 2025, Putrajaya - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan yang baharu, bersama YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu, hari ini secara rasmi melapor diri di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas selesai Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara pagi ini.
Ketibaan kedua-dua pemimpin utama KBS ini disambut oleh Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
Sesi lapor diri turut disusuli dengan taklimat pengurusan tertinggi KBS yang merangkumi hala tuju kementerian, keutamaan strategik, pelaksanaan dasar sedia ada serta perancangan KBS.
Semoga kepimpinan baharu ini akan terus memperkukuh usaha kementerian dalam melahirkan belia berdaya saing serta memacu kecemerlangan sukan Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
