Berita KBS

Majlis Serah Tugas Menteri Belia dan Sukan

Majlis Serah Tugas Menteri Belia dan Sukan

19 Disember 2025, Bangkok, Thailand - Majlis Serah Tugas Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah berlangsung hari ini di Bangkok, Thailand bersempena Temasya Sukan SEA 2025 ke-33.

Majlis tersebut melibatkan penyerahan tugas secara rasmi daripada mantan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, kepada Menteri Belia dan Sukan yang baharu dilantik, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari.

YB Hannah Yeoh merakamkan penghargaan kepada warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS), agensi di bawah kementerian serta semua pemegang taruh atas kerjasama dan sokongan sepanjang tempoh perkhidmatannya, sambil menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan baharu kementerian untuk meneruskan agenda pembangunan belia dan sukan negara.

Sementara itu, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menzahirkan komitmen untuk meneruskan kesinambungan dasar dan program kementerian, dengan penekanan terhadap kebajikan atlet, sokongan kepada kontinjen Malaysia yang sedang beraksi di temasya sukan berkenaan serta memperkasa hal ehwal pembangunan belia.

Majlis serah tugas itu adalah susulan pengumuman rombakan Jemaah Menteri yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, 16 Disember. YB Hannah Yeoh kini memegang tanggungjawab selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Majlis serah tugas itu disaksikan oleh Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, pengurusan tertinggi kementerian, Presiden Majlis Olimpik Malaysia serta wakil kontinjen Malaysia yang berada di Bangkok sempena Temasya Sukan SEA Ke-33.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.