Berita KBS

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan ke Sabah

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan ke Sabah

31 Januari 2026, Sabah - Lawatan kerja YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan ke Sabah dimulakan dengan sesi pemantauan projek pembangunan.

Antara tumpuan utama ialah Projek Pembinaan Stadium Ragbi di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu yang kini berada dalam proses tender semula. 

Pembinaan stadium seluas kira-kira 2.5 ekar ini dijangka mengambil masa 18 bulan, tertakluk kepada keperluan dan penambahbaikan semasa. Stadium berkapasiti 1,000 penonton ini bakal dilengkapi dengan kemudahan asas seperti pusat media, surau dan tandas bagi keselesaan pengguna.

Lawatan seterusnya diteruskan ke tapak Projek Stadium Mini Daerah Putatan yang turut berada dalam proses tender semula. 

Projek seluas kira-kira 2 ekar ini dijangka menjadi antara kemudahan sokongan penting dalam memperkasa pembangunan sukan akar umbi di daerah berkenaan.

KBS kekal komited memastikan setiap projek pembangunan di bawah seliaan dilaksanakan dengan teratur dan berimpak tinggi demi menyokong pembangunan belia dan kemajuan sukan negara.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #KitaSemuaTeamMAS #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.