Berita KBS

Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah

Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah

1 Februari 2026, Sabah - Lawatan kerja YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan diteruskan dengan kunjungan hormat kepada YB Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah.

Pertemuan ini menjadi ruang perbincangan serta pertukaran pandangan dan idea, khususnya daripada sudut pandang Sabah, ke arah usaha memperkukuh pembangunan belia dan sukan secara lebih menyeluruh.

Sesi pertemuan yang berlangsung di Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK), Wisma MUIS ini turut menyentuh pelbagai aspek penting termasuk pelaksanaan program dan aktiviti, pembangunan infrastruktur, pemerkasaan atlet serta perkara-perkara berkaitan lain.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, YB Dato’ Sri Dr. Anil Sandu serta Setiausaha Tetap KBSK, YBhg. Datuk Mansur Haji Asun.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #KitaSemuaTeamMAS #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.