Berita KBS

Kunjungan dan Perjumpaan Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Kunjungan dan Perjumpaan Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

3 Februari 2026, Putrajaya - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan menerima kunjungan YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Menara KBS, Putrajaya.

Pertemuan ini memfokuskan usaha menyuntik elemen kerohanian dalam pembangunan belia secara menyeluruh menerusi inisiatif Rakan Muda.

Perbincangan turut menekankan peranan masjid bukan sekadar sebagai tempat ibadah, malah sebagai pusat komuniti yang inklusif dan dinamik — berpotensi menjadi platform pelaksanaan aktiviti belia dan sukan yang selari dengan nilai, budaya setempat serta mampu mengeratkan ukhuwah dalam kalangan belia.

Pendekatan ini diyakini dapat menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh pembentukan sahsiah, disiplin serta kesejahteraan mental golongan muda, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Kementerian Belia dan Sukan komited untuk terus bekerjasama dengan rumah-rumah ibadat daripada pelbagai agama bagi memperluaskan pelaksanaan Rakan Muda secara inklusif, khususnya di bawah teras Rakan Prihatin, demi memperkasa jati diri dan potensi belia Malaysia.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.