Berita KBS

 Majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) - Temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN

Majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) - Temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN

5 Februari 2026, Serdang, Selangor - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hadir memeriahkan Majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sempena Temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN sebagai tanda penghargaan kepada wira dan wirawati sukan negara.

Sebanyak RM4.42 juta disalurkan melalui SHAKAM, merangkumi RM2.6 juta kepada atlet Sukan SEA 2025 serta RM1.475 juta bagi atlet Sukan Para ASEAN 2025 yang berlangsung di Thailand—bukti komitmen berterusan kerajaan dalam meraikan kejayaan atlet negara.

Pada majlis ini, ratu wushu negara Tan Cheong Min dan perenang kebangsaan Khiew Hoe Yean muncul sebagai penerima tertinggi SHAKAM dengan insentif masing-masing berjumlah RM26,666.67 dan RM32,000.

Bagi Sukan Para ASEAN Thailand 2025, perenang para negara Abdul Halim Mohammad dan Carmen Lim turut mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai penerima insentif tertinggi, masing-masing membawa pulang RM62,000 dan RM39,000.

Pengiktirafan ini diharapkan menjadi pembakar semangat buat seluruh atlet negara untuk terus berjuang, berdisiplin dan mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Terus melangkah jauh—kami sentiasa di belakang anda!

Turut hadir, YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, serta YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.