Lawatan Kerja ke Institut Sukan Negara (ISN)
- ukk
5 Februari 2026, Bukit Jalil - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Sukan Negara (ISN) bagi meninjau secara langsung ekosistem sokongan yang disediakan kepada atlet negara.
Daripada fasiliti berprestasi tinggi hinggalah aspek pemulihan dan pembangunan bakat, ISN terus berperanan sebagai tulang belakang kepada kejayaan sukan di Malaysia.
Sesi lawatan ini turut melibatkan tinjauan ke beberapa fasiliti utama ISN seperti Pusat Perubatan Sukan Negara (PPSN), Bilik Urutan Sukan, TASKA Team MAS, Jungle Gym dan lain-lain kemudahan sokongan atlet.
Bersama, kita perkukuh ekosistem sukan negara demi Malaysia yang lebih berdaya saing di pentas dunia.
Turut hadir, YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
