Kunjungan Hormat Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia
- ukk
10 Februari 2026, Putrajaya - YB Dr. Muhammad Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada T.Y.T. Erick Thohir, Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia di Menara KBS, Putrajaya.
Kunjungan tersebut menjadi platform perbincangan berhubung program-program utama KBS serta penerokaan peluang kerjasama strategik antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam konteks kerjasama serantau bidang belia dan sukan.
Secara tidak langsung, kunjungan hormat ini turut membuka ruang bagi cadangan memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang belia dan sukan yang telah dimeterai sebelum ini dan tamat tempoh pada tahun 2023.
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan penubuhan jawatankuasa khas bagi menyelaras serta memperincikan penstrukturan MoU baharu yang merangkumi bidang keutamaan yang lebih khusus, berimpak tinggi dan signifikan kepada kedua-dua negara.
Turut hadir ialah delegasi dari Indonesia yang terdiri daripada En. Suyadi Prawira, Timbalan Deputi Olahraga Masyarakat; Pn. Tsamara Amany, Ketua Staf Menteri; dan En. Hesky Manurung, Tenaga Ahli Menteri Bidang Deregulasi dan Kelembagaan.
Delegasi KBS pula diwakili oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS; Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara; serta beberapa pegawai kanan KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
