Memorandum Persefahaman (MoU) Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dan Institut Sukan Hong Kong (HKSI)
- ukk
10 Februari 2026, Bukit Jalil - Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dan Institut Sukan Hong Kong (HKSI) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi serta bidang profesional berkaitan.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin dan Ketua Pegawai Eksekutif HKSI, Encik Tony Choi, serta disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol.
Perjanjian selama tiga tahun ini merangkumi kerjasama dalam bidang sains sukan dan perubatan sukan, perkongsian kepakaran serta amalan terbaik latihan berprestasi tinggi, pembangunan kapasiti atlet dan jurulatih, selain perkongsian ilmu menerusi platform profesional antarabangsa.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
